Sunday, August 23, 2009

dont want to be one of this...

Maka beribadahlah dengan ikhlas, penuh keimanan dan kesungguhan. Kita perlu sentiasa berharap. Berharap akan redha dan keampunan Allah. Kita mahu dua perkara itu. Ramadhan inilah masanya untuk kita tubi diri kita dalam melatih diri untuk mencari redha dan keampunan Allah SWT.

Bersungguhlah dalam mencari keampunan Allah SWT ini. Hal ini kerana, pada suatu hari, Jibril AS telah datang bertemu Rasulullah SAW dan berkata:

“Wahai Muhammad, barangsiapa yang melalui Ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosanya, maka dia dijauhkan dari Allah. Katakanlah amin”

Dan Rasulullah SAW mengaminkannya. Ya Allah… Ini adalah satu kecelakaan. Siapa yang tidak diampunkan di dalam bulan Ramadhan, maka dia dijauhkan daripada Allah SWT.

Kenapa? Kenapa Allah menjauhkan diri-Nya dari orang-orang yang tidak diampunkan-Nya di dalam bulan Ramadhan?

Hal ini kerana, jika manusia keluar dari Ramadhan tanpa diampunkan, ternyata ketika dia melalui Ramadhan, dia tidak bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan keampunan Allah SWT.

petikan ni diambil dari web side ni yg namanya langit ilahi,

x nk jadi mcm nie...ampunkan dosa saya,mak ayah,tuhan,kawan2!!

saya x berniat untuk sakitkan hati kamu...cume saya syg semua!!

& saya manusia biase yg sentiase buat salah...

maafkanlah saya ye!!?

No comments: