Salam,
Ini kisah seorang Hamba Allah yg lemah....
kehidupan seorg bernama wanita.
lumrah dunia menyatakan bahawa wanita itu lemah.
wanita bernama NUR.
Nur dibesarkan oleh sebuah keluarga yg sgt bahagia.
Ayah dan ibu Nur sangat sayangkan Nur.
Nur berjaya menamatkan sekolah rendah nya dengan kejayaan yg cemerlang.
Nur dapat masuk asrama untuk menyambung pembelajaran ke sekolah menengah.
Sekarang Nur berada di universiti.
Nur pada mulanye tidak dpt keputusan yang cemerlang di universiti.
Tetapi selepas beberapa tahun, Nur rajin berusaha sehingga dpt keputusan cemerlang.
Kehidupan Nur bersame 7 org kawannye sgt gembira.
Mereka selalu kemane2 bersama.
Sehingga suatu hari 2 org daripada kawan nur bermusuhan.
Mereka berlapan berpecah dan mengambil haluan masing2...
Nur sgt sedih.
Tetapi suatu hari Sudin dtg dlm hidup Nur.
Nur pergi kemana sahaja bersama Sudin.
Meredah hujan, panas, petir tetap berdua.
Sudin peneman Nur, membawa Nur kesana kemari, bawa nur mkn, membeli belah dll.
Sudin sgt berjasa pada nur.
sehingga satu hari Nur berasa syg kepada Sudin.
Sudinlah segalanya untuk Nur.
Nur setiap minggu memandikan Sudin dihadapan rumahnyer.
Sudin lah motosikal kegemaran Nur.
Suatu hari, Nur berfikir dan berbisik dibenak hatinyer.
Dia sgt sedih dengan kehidupan nyer.
Die rase ada sesuatu yang kurang.
Die berbisik...."aku tidak ade kawan baik, kawan yang memahami diriku".
"hanye sudin peneman ku. Tp sudin x boleh berkata2"
"dimana boleh aku meluahkan perasaan ku. Adakah pada Sudin?"
Nur sedih....Tiada yang memahami luahan hatinyer.
Kehidupan Nur serba cukup makan minum pagi hingga mlm.
Tiada wang lebih untuknyer membeli belah di shopping mall (Pavilion, The Mall, Mid Valley).
Kawan2 nyer selalu pergi membeli belah membeli itu dan ini.
Makan KFC, Domino, Mcd, Kenny Rogers, Secret Recipe dan sebagainya.
Nur bukan seorang yg tidak bersyukur dengan apa yang ada.
Tetapi setiap manusia itu berkeinginan,
lebih2 lagi wanita bernafsu 7.
Nur mempunyai banyak impian yg belum dicapainye.
Dia hendak pergi membeli belah tanpa melihat harga barang.
Makan di restoran yg sedap & lazat.
Menonton wayang,
mempunyai kerete sendiri
berjalan dan bercuti kesana kemari
dan yang paling penting, Nur ingin mencari sahabat yg sgt memahami nye.
Nur berkata, "Bile agaknyer boleh dicapai kesemua impian ku?"
Nur ingin mencapai semua impian nyer dengan titik peluhnye sendiri.
Nur seorg anak yg baik.
Tidak mahu menyusahkan kedua ibubapa nyer.
Tidak gemar memintak wang untuk membeli barang yg diingikan nyer.
Nur lebih selesa menyumpulkan wang nyer sendiri untuk membeli nya.
Keluarga Nur tidak begitu berada, tetapi nur tidak dapat pinjaman penuh dari sponsor nyer.
Sponsornye hanya membayar duit pengajian universiti, tetapi tidak memberi wang sari diri.
Jadi Nur hanye bergantung kepada wang yg diberi oleh kedua ibubapa nyer.
Jika lebih wang yg diberi, Nur menyimpanya.
Jika Kurang wang yg diberi, Megi lah jawab nyer!
Bersambung...........................